HANYA dengan sekali lafaz, model dan pelakon Ikmal Amry kini sah menjadi suami kepada selebriti media sosial, Najla Shamsul, 22.
Majlis yang disambut dengan meriah namun mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) itu diadakan di kediaman pengantin perempuan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, pagi, hari ini.

Pada majlis itu, Ikmal, 26, atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali menyerahkan mas kahwin RM300, wang hantaran RM15,000 serta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan oleh pihak perempuan.
Majlis akad nikah disempurnakan bapa pengantin perempuan, Shamsul Kamar yang turut dihadiri kedua belah keluarga dan rakan rapat.
Menurut pengurusnya Ben Ali, majlis persandingan pasangan itu akan diadakan di sebelah pihak Ikmal di Melaka, malam ini.
Terdahulu, Ikmal dan Najla bertunang pada Mei lalu. – WILAYAHKU