IBU dan bapa kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, Disember tahun lepas.
Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang kedua-duanya berumur 29 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.
Kedua-dua mereka minta dibicarakan. –BERNAMA