Selebriti

Ibu bapa Iman Troye diugut bunuh

- Diterbit 31 Mei 2024 4:19 PM MYT

PELANTUN lagu Harum Sundal Malam, Iman Troye atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 21, dia sering menjadi mangsa buli siber.

Menurut Iman walaupun menerima pelbagai kecaman yang sangat menguji mentalnya, namun dia tidak sanggup apabila ada yang mengugut mahu membunuh ibu bapanya.

“Sebenarnya macam-macam komen negatif yang saya terima. Itu salah satu yang sangat keterlaluan. Memanglah  geram namun jika selepas ini masih berterusan, saya akan buat laporan polis,” ujarnya.

Berbeza dengan sesetengah artis lain yang mengelak untuk membaca komen, lain pula baginya yang gemar mengetahui apa yang diperkatakan netizen terhadapnya.

“Saya seorang yang sangat suka baca komen-komen dalam media sosial serta DM (direct message) kepada saya. Apa sahaja posting mengenai saya dan rakan-rakan dalam industri pun saya minat untuk baca.

“Mungkin sesetengah orang tak boleh terima komen-komen negatif netizen. Macam saya masih boleh baca komen-komen, tapi saya tetap ada had. Iyalah, saya pun ada hati dan perasaan.

“Namun apabila saya rasa tak boleh nak kawal emosi, saya berhenti membacanya. Walaupun begitu, saya akan ambil setiap komen yang baik mahupun negatif sebagai motivasi untuk diri.

“Kadang-kadang saya beruntung apabila masih ada orang lagi yang ambil tahu dan menegur kesalahan saya. Semua yang berlaku saya ambil pendekatan secara positif,” ujarnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas