PENYANYI Nabila Razali berkongsi berita gembira apabila bakal bernikah dengan lelaki pilihannya, bekas pemandu litar Formula, Nik Iruwan Nik Izani tidak lama lagi.
Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 31, mendedahkan berita gembira itu menerusi akauan Instagram miliknya.
“I said yes,” tulisnya sebagai kapsyen foto bakal suami yang sedang melutut dan melamar dirinya.
Dalam ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah termasuklah rakan-rakan selebriti seperti Khai Bahar, Lee Chong Wei, Wany Hasrita, Ernie Zakri, Janna Nick, Reen Rahim, Bella Astillah, Ummi Nazeera, Siti Saleha dan ramai lagi.
Difahamkan, majlis pernikahan mereka akan berlangsung pada pagi 18 November di sebuah resort mewah di pusat peranginan mewah di Pahang.
Terdahulu pada Ogos lalu, Nabila dikatakan sudah bertunang dengan Nik Iruwan namun tiada pengesahan daripada pasangan ini. – WILAYAHKU