Artikel

Hujan dan air mata

Gambar hiasan
- Diterbit 9 Disember 2024 4:02 PM MYT

HUJAN yang turun bersama air mata”. Ini bait indah dalam lagu Hujan nyanyian penyanyi terkenal‚ Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Sesungguhnya hujan dan air adalah rahmat Allah untuk manusia kerana air amat berguna dalam kehidupan seharian.

Begitulah perlunya kita kepada air‚ untuk pelbagai tujuan termasuk masak-memasak‚ basuh membasuh dan sebagainya. Dalam kuantiti yang diperlukan‚ air adalah kawan. Tetapi apabila hujan tidak berhenti sehingga menyebabkan banjir besar‚ ia umpama lawan.

Ketika itulah ‘hujan turun bersama air mata’. Ini kerana banjir akibat hujan yang berterusan mendatangkan kesusahan sehingga boleh meragut nyawa. Juga kerosakan tanaman dan harta benda. Kejadian ini semua menyebabkan air mata tumpah.

Seluruh negara kini dilanda banjir‚ jumlah yang dipindahkan ke pusat penempatan sementara (PPS) mencecah lebih 150‚000 orang di seluruh negara.

Oleh itu‚ waspada menghadapi banjir. Ingat‚ ia bukan pesta main air. Seandainya diarah berpindah‚ lakukan segera demi keselamatan.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas