Berita

Hujan berterusan dijangka landa 3 negeri bermula Khamis

- Diterbit 14 Januari 2025 6:14 PM MYT

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di tiga negeri bermula Khamis hingga Ahad ini.

MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) serta Bintulu di Sarawak bermula Khamis hingga Sabtu.

“Keadaan sama juga diramal berlaku di Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat bermula Khamis hingga Jumaat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, hujan berterusan turut dijangka berlaku di Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru pada Jumaat hingga Ahad. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas