HOTEL Tiara Labuan berjaya mengekalkan status pengiktirafannya sebagai pusat peranginan bertaraf lima bintang menerusi penerimaan sijil rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), baru-baru ini.
Pengarah Urusan Hotel Tiara Labuan, Chai Tze Khee berkata pihaknya menzahirkan penghargaan kepada MOTAC Labuan di atas pengiktirafan sekali gus mempercayai mutu perkhidmatan terbaik pihak hotel.
“Kejayaan ini merupakan hasil usaha keras yang diberikan oleh kakitangan Hotel Tiara Labuan yang sentiasa komited dalam mengurus hotel ini dengan baik.
“Pengikitirafan ini amat bermakna kerana kami berjaya mengekalkan pengiktirafan ini pada tahun 2024 dan kami akan sentiasa memberikan perkhidmatan dan kemudahan bermutu tinggi,” katanya.
Terdahulu, penyampaian sijil disempurnakan Pengarah MOTAC Labuan, Khairul Amin Abdul Rashid dalam satu majlis pengiktirafan di sini. – WILAYAHKU