SEBARANG cadangan supaya mana-mana banduan diberi keampunan atau pengurangan hukuman hendaklah dikemukan dikemukakan oleh banduan berkenaan untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong pada mesyuarat akan datang.
Istana Negara dalam satu kenyataan memberitahu Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa prerogatif menurut peruntukan Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Ujar kenyataan itu, Yang di-Pertuan Agong juga boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah bagi kesalahan tersebut.
“Kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ini dijalankan dengan nasihat Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Seri Paduka Baginda.
“Oleh itu, semua pihak dingatkan untuk menghormati Perlembagaan dan undang-undang yang ditetapkan,” tulis kenyataan itu. – WILAYAHKU
[Iklan]