Berita

Hati-hati akaun palsu menyamar Sultan Ibrahim

TANGKAP layar akaun palsu di platform X yang menyamar sebagai Sultan Ibrahim.
- Diterbit 23 Februari 2025 6:15 PM MYT

PEJABAT Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) memberitahu terdapat akaun media sosial palsu yang menyamar sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dengan menggunakan gambar Keluarga Diraja Johor tanpa kebenaran.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Ahad.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun-akaun palsu ini yang sering digunakan oleh ‘scammers’ untuk tujuan penipuan di Facebook serta platform media sosial lain,” katanya.

TANGKAP layar akaun palsu di platform X yang menyamar sebagai Sultan Ibrahim

Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor juga menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas