KERAJAAN MADANI akan meningkatkan peruntukan terhadap Skuad Harimau Malaya daripada RM15 juta yang diumumkan sewaktu Belanjawan 2025 khusus untuk pembangunan sukan bola sepak kepada RM30 juta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tambahan RM15 juta lagi akan dibiayai oleh pihak swasta.
Peruntukan ini akan diguna bagi meningkatkan program-program pembangunan
“Ia merupakan usaha berterusan dilakukan Kerajaan MADANI bersama beberapa pihak lain dalam memastikan skuad Harimau Malaya diperkukuh sekali gus muncul sebagai gergasi bola sepak asia,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata dana ini juga akan dimanfaatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam aspek pengurusan organisasi yang mana ia memerlukan perubahan total dari setiap sudut bagi memastikan para pemain kebangsaan mendapat sokongan yang berterusan daripada barisan tenaga pakar dan kejurulatihan yang dilantik.
“Harimau Malaya di setiap peringkat selain mempersiapkan pasukan utama agar lebih kompetitif dalam setiap kejohanan antarabangsa yang disertai.
“Usaha juga akan ditumpukan kepada mewujudkan lebih ramai pemain pelapis
pasukan Harimau Malaya, dengan memberikan pendedahan meluas kepada skuad bawah-23 negara dan ini secara tidak langsung membolehkan pasukan utama sentiasa dilengkapi dengan para pemain yang berpengalaman,” katanya.
Ujar Perdana Menteri , selain daripada ikhtiar yang dilakukan oleh Kerajaan MADANI dan FAM, beliau turut
berharap Pemangku Sultan Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, akan terus memberikan dukungan berterusan berdasarkan pencapaian, pengalaman serta rangkaian luas Baginda dalam industri bola sepak.
“Pengetahuan Pemangku Sultan Johor yang mendalam mengenai pengurusan bola sepak serta hubungan dengan figura sukan dan kelab bola sepak antarabangsa
adalah aset yang tidak ternilai yang dapat digunakan untuk menolong Harimau Malaya dan pasukan pengurusannya,” katanya.
Perdana Menteri turut berharap agar rakyat Malaysia terus memberikan sokongan dan kepercayaan kepada pasukan Harimau Malaya termasuk pasukan pengurusan dalam mengangkat nama Malaysia ke peringat tertinggi dan setanding nama besar bola sepak antarabangsa.-WILAYAHKU