Berita

Harga runcit RON97, diesel turun 10 sen

- Diterbit 17 April 2025 12:15 PM MYT

KERAJAAN memutuskan untuk mengurangkan harga runcit RON97 sebanyak 10 sen kepada RM3.18 seliter dan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 10 sen kepada RM2.88 seliter bagi tempoh 17 April 2025 hingga 23 April 2025.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memberitahu kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga
menyokong kestabilan harga.

“Sehubungan itu, harga runcit produk
petroleum bagi tempoh 17 April 2025 hingga 23 April 2025 adalah petrol RON97 diturunkan sebanyak 10 sen kepada paras
RM3.18 seliter; petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 10 sen kepada paras RM2.88 seliter dan diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

“Kerajaan akan terus mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas