Berita

Harga runcit RON 97 dan diesel meningkat tiga sen bagi tempoh 2 hingga 8 Januari

- Diterbit 3 Januari 2025 11:44 PM MYT

HARGA runcit RON95 kekal pada pada paras RM2.05 seliter, manakala harga runcit RON97 naik sebanyak tiga sen seliter daripada RM3.25 seliter kepada RM3.28 seliter bagi tempoh 2 hingga 8 Januari.

Sementara itu, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter, manakala di Semenanjung Malaysia harga diesel meningkat tiga sen daripada RM2.95 seliter kepada RM2.98 seliter.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya memaklumkan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan menyokong kestabilan harga.

“Seiring dengan peningkatan harga pasaran minyak dunia, kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON97 pada RM3.28 seliter manakala harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia pada RM2.98 seliter.

“Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu sebanyak RM3.35 seliter,” menurut kenyataan itu.

MOF turut memaklumkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan adalah menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 2 Januari 2025 hingga 8 Januari 2025.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas