HARGA runcit bagi petrol RON95, RON97 dan diesel kekal bagi tempoh 6 hingga 12 Februari 2025.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan adalah menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.
“Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.43 seliter dan RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.
“Manakala harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM3.18 seliter dan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter,” katanya.
Jelasnya lagi kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – WILAYAHKU