Berita

Harga runcit petrol, diesel kekal

- Diterbit 15 Mei 2024 6:55 PM MYT

HARGA runcit petrol bagi RON97, RON95 dan diesel kekal untuk tempoh bermula 16 Mei sehingga 22 Mei 2024.

Menurut Kementerian Kewangan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan adalah menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.47 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel pula kekal pada paras RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambahnya kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas