Berita

Harga RON97, diesel Semenanjung naik 5 sen

- Diterbit 9 Januari 2025 8:45 AM MYT

HARGA petrol RON97 dan harga runcit diesel di Semenanjung masing-masing naik 5 sen bermula esok.

Menurut Kementerian Kewangan, penetapan harga ini seiring peningkatan harga minyak pasaran dunia.

Harga RON97 naik daripada RM3.28 kepada RM3.33 seliter.

Diesel di Semenanjung pula naik daripada RM2.98 kepada RM3.03 seliter.

“Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu sebanyak RM3.35 seliter,” menurut kenyataan.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan Kementerian Kewangan.

Sementara itu, harga petrol RON95 kekal RM2.05.

Diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pun kekal RM2.15 seliter.

Kadar baharu ini berkuat kuasa 9 hingga 15 Januari ini.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas