Berita

Harga Ron 97, diesel turun 15 sen

- Diterbit 11 September 2024 5:55 PM MYT

HARGA runcit bagi petrol RON97 dan diesel di semenanjung Malaysia turun sebanyak 15 sen seliter bagi tempoh 12 hingga 18 September 2024.

Kementerian Kewangan berkata seiring dengan penurunan harga pasaran minyak mentah dunia dan pengukuhan
ringgit, Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada RM3.25 seliter.

Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga diturunkan sebanyak 15 sen seliter kepada RM3.01 seliter.

“Sejak 8 Ogos 2024 sehingga kini, Kerajaan telah menurunkan sebanyak 34 sen seliter bagi harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia manakala harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 22 sen.

“Harga untuk RON95 kekal RM2.05 seliter dan harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan sama pada paras RM2.15 seliter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit produk petroleum dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak global dan juga menyokong kestabilan harga bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas