HARGA runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh tujuh hari bermula 23 hingga 29 November ini.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit produk pertroleum secara mingguan produk pertroleum di bawah formula Automatic Pricing Mechanism.
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan tetap mengeklakan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter walaupun harga sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Kerajaan akan terus memantau perubahan harga minyak mentah global dan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus dipelihara. – WILAYAHKU.