Berita

Harga diesel RM3.35 tanpa subsidi bermula tengah malam ini

- Diterbit 9 Jun 2024 6:00 PM MYT

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, mengumumkan harga diesel RM3.35 tanpa subsidi di semua stesen runcit di semua negeri Semenanjung tengah malam ini.

Dalam sidang media ketika engumumkan perkara itu, Amir Hamzah berkata harga diesel akan diumumkan setiap Rabu seperti amalan semasa.

“Dengan penetapan penyelarasan subsidi membawa penjimatan RM4 bilion setahun dan mengawal aktiviti penyeludupan terutama membabitkan stesen di sempadan.

“Dengan penjimatan semasa, kerajaan akan memulangkan kepada pembangunan infrastuktur dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Penyasaran Subsidi Diesel hari ini.- WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas