PENYANYI Haqiem Rusli dengan undian sebanyak lebih 22 juta undi dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (ABPBH) yang berlangsung pada Jumaat, sebentar tadi.

Haqiem juga menerima anugerah Penyanyi Lelaki Popular dan Lagu Boom Popular, Lembah Kesepian.
Majlis anugerah yang bersiaran di Axiata Arena itu dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Nabila Huda.
ABPBH 33 diserikan lagi dengan persembahan bertenaga daripada Tomok, Aina Abdul, Fizal Tahir, Elly Mazlein, Yonnyboii, Azlan and The Typewiter, Lan Kristal, Ernie Zakri, Syamel, Hafiz Suip, Dolla dan ramai lagi.
Antara penyampai anugerah yang turut hadir memberi sokongan ialah Datuk Rosyam Not, Ramlah Ram, Zul Ariffin, Wany Hasrita dan ramai lagi.
Buat kali pertama, majlis anugerah berprestij ini tidak melibatkan kehadiran penonton ini kerana mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam memerangi pandemik COVID-19.
Berikut merupakan senarai pemenang bagi 15 kategori utama ABPBH 33, satu Anugerah Khas dan lima kategori online: – WILAYAHKU
Kategori Utama:
Bintang Paling Popular:Haqiem Rusli
Artis Baharu Wanita Popular:Isyariana
Artis Baharu Lelaki Popular:Chubb-E
Artis Kolaboras/ Duo/ Berkumpulan Popular: Khai Bahar & Siti Nordiana
Penyampai Radio Popular: DJ Lin
Pengacara TV Popular: Sherry Al- Hadad
Artis Versatil Popular:Siti Nordiana
Artis Komedi Popular:Sherry Al-Hadad
Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia: Wany Hasrita
Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia: Haqiem Rusli
Pelakon TV Wanita Popular: Siti Saleha
Pelakon TV Lelaki Popular: Ben Amir
Pelakon Wanita Filem Popular:Mawar Rashid
Pelakon lelaki Filem Popular:Zahiril Adzim
Anugerah Sepanjang Hayat:
Francisca Peter
Kategori Online:
Lagu Paling Boom Popular: Lembah Kesepian-Haqiem Rusli
Anugerah FC #Fantastik Popular:Siti Nordiana FC
Artis Kontroversi Popular: Aiman Tino
Gandingan Serasi Filem: Syafiq Kyle & Mimi Lana