Berita

Hanifuddin Roslan dilantik sebagai Pengarah JAWI baharu

- Diterbit 2 Januari 2025 11:34 AM MYT

HANIFUDDIN Roslan dilantik Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berkuat kuasa 2 Januari 2025.

Beliau yang sebelum ini Pengarah Institut Kemahiran Islam Malaysia, Sarawak (IKMAS) dilantik ke jawatan tersebut menggantikan Datuk Mohd Ajib Ismail yang dinaikkan pangkat ke jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 30 Oktober 2024 yang lalu.

Beliau yang sebelum ini pernah menjawat jawatan Timbalan Pengarah Operasi JAWI berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran Islam di bawah JAKIM. – WILAYAHKU

[Iklan]

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas