Selebriti

Hamid Gurkha meninggal dunia

- Diterbit 14 Jun 2022 8:55 AM MYT

PELAWAK legenda, Hamid Gurkha meninggal dunia pada jam 2.11 petang ini.

Allahyarham Hamid Gurkha atau nama asalnhya Abdul Hamid Abdul Rahman dilaporkan meninggal di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Pelawak yang mula dikenali menerusi filem Panglima Badol pada 1978 meninggal dunia pada usia 90 tahun.

Allahyarham yang semakin uzur pernah dijangkiti COVID-19 pada Mac yang lalu.

Hamid Gurkha dan isterinya, Timah Abdul Hamid, 80, mendirikan rumah tangga enam dekad pada April 1957.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan lapan cahaya mata, namun dua daripadanya meninggal dunia. Beliau juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit.

Kali terakhir Pak Hamid berlakon menerusi filem Superbike The Movie bersama Kamal Adli, Shiqin Kamal dan Fizo Omar pada 2019. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas