PERJUANGAN Aju Success dalam rancangan hiburan Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) nampaknya terhenti di minggu ketujuh apabila memperoleh markah Paling rendah.
Aju yang mempersembahkan lagu Hanya Rindu akur dengan keputusan juri yang tidak memihak kepadanya.

Aju memperoleh markah terendah iaitu 57.80% diikuti Cliff Umar (58.20%) dan Ayu Damit (58.80).
Manakala Oja memperoleh markah tertinggi pada konsert kali ini iaitu 73.79% diikuti Ashira (69.70%), Noraniza Idris (69.60%), Yantzen (69.00%), Muss (64.50%) dan Linda Nanuwil (64.40%).
Selain Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim selaku juri tetap Saiful Apek serta Ad Samad yang menjadi juri jemputan.
Para perserta lain layak ke peringkat suku akhir atau minggu kelapan dengan lagu-lagu bertemakan Throwback.
Senarai Persembahan di Suku Akhir:
Memori Cinta Luka – Oja
Nur Kasih – Ashira
Anak Kampung – Noraniza Idris
Segalanya Ku Terima – Yantzen
Seragam Hitam – Muss
Teringin – Linda Nanuwil
Rahsia Pohon Cemara – Ayu Damit
Pesanan Buat Kekasih – Cliff Umar
Foto: instagram Astro Gempak