Artikel

Guna parkir disediakan

Gambar hiasan
- Diterbit 28 Oktober 2024 7:37 PM MYT

MASALAH parkir di kawasan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) sering menghantui pengguna yang menggunakan khidmat pengangkutan tersebut.

Akibatnya pengguna meletak kenderaan sesuka hati di bahu jalan sekitar stesen menyebabkan laluan jalan menjadi sempit.

Kawan-kawan Kedai Kopi beri contoh di stesen LRT Depoh Gombak bagi laluan ke Putra Heights dan sebaliknya sudah dibina parkir bertingkat untuk kemudahan pengguna.

Namun ramai yang menaiki LRT di stesen Taman Melati‚ tidak ada kemudahan parkir khusus di sini sebelum ini menyebabkan pengguna meletak kenderaan memenuhi bahu jalan setiap hari. Tentu sahaja berlaku kesesakan di kawasan tersebut terutama ketika hari bekerja.

Kini satu kawasan parkir berbayar yang selesa dan luas siap dibina bersebelahan stesen berkenaan namun sambutan terhadap parkir ini begitu dingin dan masih yang memarkir kereta di bahu jalan.

Mungkin faktor parkir berbayar menyebabkan mereka menjauhkan diri. Perlu diingat penyedia kemudahan membelanjakan wang untuk membina‚ juga menanggung kos operasi termasuk gaji pekerja. Mereka perlu duit pusingan untuk terus beroperasi. Keadaan ini harus difahami.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas