KUALA LUMPUR – Seorang ibu tunggal yang tidak berkerja amat menghargai bantuan Baucer Riang Ria Kembali Ke Sekolah daripada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) berjumlah RM120 yang diterima anaknya.
Asiah Awang, 42, berkata, penebusan baucer berbentuk tiga pasang pakaian sekolah, tiga pasang sarung kaki serta sehelai kemeja T berwarna putih, membantu mengurangkan beban yang ditanggung.
Katanya, dengan bantuan itu, persiapan persekolahan anak bongsunya, Nur Haikal Danial Abdullah,7 hampir lengkap.
โSaya tidak berkerja kerana perlu menjaga Nur Haikal yang menghadapi masalah jantung.
โDengan bantuan ini, saya dapat menjimatkan perbelanjaan dan wang peruntukan untuk baju sekolah dan ia boleh digunakan untuk membayar yuran atau membeli kasut dan beg sekolah,โ katanya ketika menebus baucer terbabit di Wangsa Maju di sini hari ini.
Sementara itu, seorang lagi ibu tunggal, S. Krishnamal, 40, yang memelihara anak lelaki berusia 12 tahun,ย J. Sharvesh, berharap bantuan berkenaan dapat ditingkatkan pada masa hadapan.
Katanya, kos sara hidup yang semakin tinggi akan menyebabkan bebanan kepada ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan.
โSebab itu, jika boleh, bantuan ini dikembangkan kepada alat tulis dan peralatan sekolah lain, yang amat diperlukan sepanjang sesi persekolahan.
โApa pun, bantuan ini amat dihargai dan membantu meringankan keluarga yang berpendapatan rendah dan mempunyai bilangan anak ramai,โkatanya.
Bagi Presiden Rahoma Darul Fakir, Datuk Faridah Omar Shah, beliau menganggap usaha dilakukan YWP adalah terbaik dalam membantu menyarakat menangani kos perbelanjaan persekolahan anak-anak.
Katanya, walaupun hanya 12 anak yatim yang dijaganya mendapat bantuan, ia sedikit sebanyak membantu mereka mengurangkan kos perbelanjaan.
โApa saya harapkan, semua anak yatim dan fakir miskin yang berada bawah tanggungjawab saya akan mendapat bantuan seperti ini pada tahun hadapan.
โPada ketika ini, pihak saya masih lagi mencari dana persekolahan untuk 50 anak yatim yang ada,โ katanya.
Bagi Nurul Amalina Mohd. Jufari, 28, yang ditemui di Pusat Penebusan Baucer Taman Sri Rampai pula, dia amat bersyukur apabila adiknya yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU) menerima baucer RM120 berkenaan.
Nurul Amalina yang merupakan anak kedua berkata, adiknya yang berusia sembilan tahun itu bersekolah di Sekolah Pendidikan Khas Kampung Baru di sini mengalami masalah pendengaran dan pertuturan sejak lahir.
โPemberian baucer ini sangat membantu keluarga berikutan hanya ibu yang menyara kami sekeluarga selain tiga lagi adik beradik yang masih bersekolah.
โBantuan ini sememangnya membantu daripada segi kewangan keluarga. Sehelai baju berharga lebih RM20, namun dengan adanya baucer dapat membantu mengurangkan perbelanjaan persekolahan dan hanya perlu membeli kasut sahaja,โ katanya.

Sementara itu, Mohd. Rizwan Abd. Hamid, 35, berkata, dia diberitahu supaya hadir ke sekolah untuk mengambil baucer bagi kemasukan sesi persekolahan tahun hadapan.
Katanya, dia bersyukur sangat kerana bantuan yang diberikan dapat mengurangkan beban berikutan kos sara hidup pada masa kini agak tinggi terutama membeli kelengkapan persekolahan untuk sesi pagi dan petang.
โDua anak lagi masih bersekolah yang mana seorang di universiti dan seorang lagi tinggal di asrama.ย
โBagaimanapun, dengan adanya bantuan ini wang yang sepatutnya digunakan membeli kelengkapan sekolah dapat digunakan untuk perbelanjaan anak-anak lain,โ katanya. – WILAYAHKU