Berita

GLIC, GLC harus gembleng tenaga sokong aspirasi negara perkasa rakyat – Anwar

KREDIT foto: BERNAMA.
- Diterbit 22 Disember 2023 12:00 PM MYT

SYARIKAT pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu menggembleng tenaga untuk menyokong aspirasi negara menjadi destinasi pelaburan dan hab ekonomi Islam bertaraf dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, GLIC dan GLC juga harus melonjakkan pelaburan dalam sektor digital dan tenaga boleh baharu, serta menggalakkan sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melebarkan pasaran ke negara serantau seperti yang ditetapkan dalam aspirasi negara.

“Semalam, saya mempengerusikan mesyuarat dengan ketua-ketua pegawai eksekutif GLIC. Perbincangan ini adalah mukadimah kepada reformasi GLIC dan GLC supaya mereka lebih tertumpu kepada pembangunan serta kesejahteraan rakyat seperti yang digariskan dalam kerangka Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat.

“Saya menerima baik cadangan ketua-ketua pegawai eksekutif GLIC untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kemajuan ekonomi tempatan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, pada Jumaat.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas