Berita

Gemerlapan Taman Cahaya di Suria KLCC

DEKORASI indah sempena perayaan Deepavali.
- Diterbit 10 November 2023 1:20 AM MYT

DEKORASI kolam interaktif ­bersaiz 20 kaki bakal menyambut ­pengunjung di Centre Court Suria KLCC ­bersempena perayaan Deepavali yang akan disambut pada Ahad ini.

Bertemakan Gemerlapan Taman Cahaya, pengunjung Suria KLCC berpeluang menikmati suasana yang mempesona dengan rekaan taman yang dihiasi bunga-bungaan indah dan hayunan buaian yang ­pastinya menjadi tarikan untuk merakam ­detik indah bermula 3 sehingga 15 November 2023.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien, suasana bakal dimeriahkan lagi ­dengan hiasan sebuah replika burung merak setinggi tujuh kaki.

“Diilhamkan daripada bunga tiruan serta beras berwarna yang seolah-olah hidup, ekor ­interaktif sepanjang 32 kaki itu mampu berkembang penuh gemalai dan bergemerlapan mengikut interaksi pengunjung.

“Hiasan berwarna-warni ­beserta penataan lampu dan kesan bunyi bakal membangkitkan ­semangat ­perayaan cahaya ini,” katanya ­menerusi satu kenyataan media ­baru-baru ini.

Andrew berkata pada hujung minggu pula para pengunjung bakal disajikan dengan persembahan ­tarian tradisional kaum India di bahagian tengah pusat beli-belah.

“Pembeli yang membuat ­pembelian berjumlah RM600 atau lebih dalam dua resit di ­mana-mana kedai terpilih akan memperoleh e-baucar ­membeli-belah Suria KLCC bernilai RM50,” ujarnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas