Lensa

Gema Selawat di Dataran Merdeka

- Diterbit 20 September 2024 12:15 PM MYT

BERSEMPENA Sambutan Maulidur Rasul yang jatuh pada tarikh yang sama dengan Sambutan Hari Malaysia‚ Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menganjurkan Program Gema Selawat Kuala Lumpur pada 15 September 2024 di Dataran Merdeka.

Program dimulakan oleh kumpulan nasyid Hijjaz dengan bacaan sirah annabawiyah‚ Mahalul Qiyam (selawat beramai-ramai) dan tausiyah serta persembahan qasidah daripada kumpulan hadrah yang dijemput khas iaitu Kumpulan Nur Ahli Badar dan Kumpulan Qasidah Firqah Hadiqah Nadhiroh.

Dalam masa sama‚ turut diadakan ceramah agama oleh Dr Syed Shadrizan Syed Mohamad Wan Helmi Wan Mohamed atau lebih dikenali sebagai Maulana Wan Helmi dan Hushim Salleh.

Gema Selawat Kuala Lumpur merupakan salah satu inisiatif DBKL untuk memperkasakan program berbentuk kerohanian agar dapat sama–sama dihayati dan difahami oleh semua yang hadir. – WILAYAHKU

LENSA (Foto oleh DBKL):

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas