Selebriti

”Gelaran nombor satu tak penting pun” – Siti Nurhaliza

SITI NURHALIZA
- Diterbit 10 November 2023 2:05 AM MYT

Oleh DEEL ANJER

PENYANYI terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyatakan beliau tidak pernah melabelkan dirinya sebagai penyanyi nombor satu negara.

Menurut Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 44, dia tidak menganggap gelaran tersebut sebagai perkara yang penting.

Bagi pelantun lagu Romansa Kita dan Magis ini, perkara yang paling penting adalah kesungguhan serta kualiti yang perlu diutamakan sekali gus membuatkan peminat berpuas hati dengan persembahan serta kualiti kerja yang dipamerkan.

“Saya tidak pernah pun nak tempatkan diri saya di tangga pertama dan tidak penting pun.

“Bagi saya, kerja keras dan berkualiti, peminat berpuas hati dan saya buat orang bahagia itu adalah perkara yang lebih menggembirakan,” katanya.

Dalam masa yang sama, Siti juga mengakui banyak bakat baharu yang hebat dan mereka boleh mencapai apa yang diinginkan.

“Saya akui saya tidak belajar muzik dan vokal, tak pandai main alat muzik, saya ada rythm dalam diri saya.

“Aina Abdul, Ernie Zakri, Nadeera Zaini, saya memang kagum dengan kebolehan mereka sebab mereka memang belajar (muzik). Sekarang ini sesiapa sahaja boleh berada di tahap yang mereka mahukan. Sama ada nombor satu atau sebagainya,” ujarnya lagi.

Terdahulu, kecoh dalam media sosial apabila timbul dakwaan mengatakan peminat Aina Abdul mahukan ‘takhta’ penyanyi nombor satu diberikan kepada Siti Nurhaliza. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas