MACAM-macam gelagat masyarakat yang kita dengar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berjalan.
Antaranya, sebelum ini kita terhibur dengan gelagat seorang suami dan anak-anak lelaki memakai baju kelawar ibunya.
Tidak kurang juga, ada yang menjadikan sebahagian ucapan Perdana Menteri iaitu ‘sana-sini’ dijadikan lagu rap.
Terbaharu, penyanyi Nubhan Ahamad, 34, bertukar menjadi Leha Bohsia yang terpaksa melakukan kerja separuh masa iaitu sebagai jurumekap disebabkan arahan PKP.

Gelagat lucu Nubhan yang menyolek isterinya sendiri, Afifah Hidayah Ahmad Tawfek,31, cukup membuatkan ramai netizen terhibur.
Ini secara tidak langsung, video kemesraan pasangan bahagia yang dimuat naik di instagram @nubhan.ahamad ini menjadi inspirasi kepada netizen-netizen.
Iyalah, kalau asyik serius saja, hidup pun tidak seronok.
Bagi mereka, PKP adalah waktu untuk suami isteri meluangkan masa berkualiti setelah sibuk bekerja sebelum ini.

“Suka tengok family ni. Laki bini memang selamba dan sporting. Background sepah macam mana pun, dorang rileks je,” ujar izzati.azizan.
“Kelakar laa.. Tak tahan laa asyik gelak jee”, kata @dhiyaa_alyssa.
“Tak ponah (pernah) miss tengok gelagat korang. Hai Leha Bohsia, parah laaa..” Komen @noorazilawatimohd.
“My favourite couple on earth,” ujar @_addin.
“So sweet laa depa suami isteri. Moga berbahagia hingga ke syurga,” doa @pyjamas.cantik.
“Hilang stres tengok mereka ni,” puji @mfreda87.

Itulah antara kata pujian buat pasangan bahagia ini yang menjadi inspirasi. – WILAYAHKU