Berita

GAPENA sokong usaha DBKL pelihara bahasa kebangsaan

- Diterbit 25 November 2024 11:56 AM MYT

GABUNGAN Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) menyokong tindakan yang diambil oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap premis perniagaan di beberapa pusat beli-belah yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan di papan iklan.

Presiden GAPENA, Datuk Zainal Abidin Borhan berkata tindakan menegur dan menasihat perlu diikuti dengan tindakan undang-undang jika mereka tidak mematuhi segala peruntukan yang ditetapkan.

“Adalah diharapkan agar pihak DBKL mahupun pihak berkuasa kerajaan tempatan terus giat melaksanakan segala peruntukan,” ujar beliau dalam satu kenyataan.

Tambahnya Malaysia sebuah negara merdeka dan berdaulat, negara berperlembagaan dan memiliki undang-undang maka pihak berkuasa tempatan merupakan instrumen kenegaraan,” ujar beliau.

Sebelum ini, DBKL mengingatkan semua pemilik perniagaan bahawa pematuhan terhadap peraturan papan tanda adalah wajib bagi memastikan identiti bahasa kebangsaan terpelihara dan persekitaran bandar yang teratur. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas