KECOH dalam media sosial apabila pelakon Nonny Nadirah,31, memuat naik gambar terbaharu di Instagram yang ternyata mengejutkan ramai warganet.
Bukan sahaja terkejut, malah ramai yang tidak percaya gambar wanita berada dalam baldi berisi air tanpa pakaian itu adalah Nonny yang dulunya berhijab.
Sebelum ini, pelakon yang popular dengan drama Istikharah Cinta dan Romi Cinta Julia ini pernah memuatnaik sebuah video yang memaparkan gambar gadis seksi dipercayai dirinya dengan memakai stoking jarang.
Difahamkan, teman baiknya penyanyi Mila sudah menasihati Nonny namun tidak diendahkannya.
Ada yang berpendapat kononnya Nonny berubah sikap dan mula membuka hijab disebabkan tekanan hidup selepas bercerai dan putus cinta.
Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik buat Nonny Nadirah. Mungkin Nonny sedang melalui fasa yang agak sukar dalam hidupnya.
Sama-samalah kita terus berdoa agar Nonny diberi petunjuk oleh Allah. Amin… – WILAYAHKU