Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Artikel

Fokus dalam pemberian dana untuk filem

AFDLIN (tengah) bersama sebahagian panel pada Sesi Apresiasi Filem: Pagari Bulan di UKM
- Diterbit 28 Jun 2024 11:50 AM MYT

PELBAGAI inisiatif untuk manfaat penggiat seni dapat dilaksanakan dengan peruntukan RM160 juta menerusi Belanjawan 2024 bagi membantu merangsang pertumbuhan industri kreatif berkembang dengan lebih pesat.

Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Datuk Afdlin Shauki berkata peruntukan tersebut boleh merancakkan industri kreatif serta mampu memberi sumbangan positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara.

“Sekarang ini kita ‘bermain’ dalam tahap yang berbeza. Misalnya James Wan yang merupakan pembikin filem tempatan yang kini buat filem di Hollywood. Dulu dia buat di Malaysia bajet agak kecil dan sekarang agak besar di sana. Dia bagus dalam horror, jadi dia fokus genre itu.

“Kalau cakap pasal peruntukan, memang tak cukup, tapi mungkin idea yang lebih baik adalah daripada menyebarkan kepada ramai pembikin filem, rasanya lebih bagus kalau fokus kepada beberapa filem dalam pemberian dana,” katanya.

Afdlin ditemui pada Sesi Apresiasi Filem: Pagari Bulan (Filem Kita, Budaya Kita: Garapan Sejarah Dari Lensa Kreatif) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), baru-baru ini.

Beliau turut berharap peruntukan tersebut lebih memfokuskan kepada skrip yang bagus terutamanya filem bergenre kenegaraan.

“Kalau ada skrip yang bagus misalnya buat filem pasal tokoh Tok Gajah, saya rasa sepatutnya dana ke sana. Untuk projek-projek kecil pula, boleh usahakan untuk cari pembiaya dari luar.

“Dalam masa yang sama, kita perlu ada terutamanya filem kenegaraan yang boleh dihantar ke Netflix di mana filem itu boleh kita banggakan. Kalau nak satu produk yang bagus, skrip tu kena bagus bukan buat dalam masa sebulan. Maknanya skrip ‘dimasak’ dalam enam bulan ke setahun sebelum bersedia untuk hantar ke produksi.

“Kita di Malaysia ni selalu nak cepat. Contoh yang saya bagi adalah filem saya, Harimau Malaya, shooting bulan Disember, cadangnya Jun dah nak tayang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Afdlin turut memuji kehebatan filem Padu yang memaparkan pasukan bola keranjang wanita juara sebanyak 13 kali.

“Macam mana kita boleh tak tahu sebab bola keranjang tidak sepopular bola sepak dan badminton. Lagipun tak ada orang nak cerita pasal ini. Pihak media akan main cerita yang besar dan popular.

“Filem Padu memang padu. Ceritanya bagus. Ia melambangkan Malaysia yang sepatutnya digambarkan selain diadaptasi daripada kisah benar. Produk bagus, kita kena kongsi dan sebarkan. Kalau kita buat tak tahu, habislah industri kita,” tambahnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas