Putrajaya

Festival Budaya Putrajaya beri manfaat ekonomi

- Diterbit 22 September 2024 11:53 AM MYT

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berharap Festival Budaya Putrajaya dapat memberi manfaat besar kepada sektor pelancongan.

Beliau berkata ini sekali gus menjana limpahan ekonomi yang positif untuk komuniti setempat.

“Sasaran 150,000 pengunjung ke festival ini. Tema festival ini, ‘Perpaduan Melalui Seni Budaya’ amat bertepatan dengan matlamat kita dalam memperkukuh integrasi nasional.

“Sudah pasti, keseniaan dan kebudayaan yang ditonjolkan dalam pelbagai jenis acara di festival ini adalah cerminan perpaduan yang lahir daripada kepelbagaian budaya kita,” katanya.

Zaliha berkata festival ini sekali gus memastikan warisan budaya terus kekal untuk generasi masa hadapan. WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas