Selebriti

Fattah Amin, Amira Othman, Elly Mazlein antara duta kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025

- Diterbit 19 Januari 2025 10:51 AM MYT

SEMPENA sambutan Aidilfitri tahun ini, gedung tekstil terkemuka negara, Jakel,
memperhebatkan kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025 dengan
melantik 10 duta bagi mempromosikan kepelbagian pakaian

Lebih menarik, menerusi pengumuman barisan duta-duta berkenaan,
Jakel bakal menawarkan rekaan pakaian terbaharu berteraskan material berkualiti menerusi label masing-masing.

PENGARAH Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, antara duta dipilih memperagakan produk raya
Jakel 2025 ialah Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad seisi
keluarga, Cik Epal, Elly Mazlein, Anzalna seisi keluarga, Senariounion,
tiktoker Sallywho seisi keluarga termasuk Upin & Ipin.

“Untuk makluman, tahun ini, koleksi pakaian ditawarkan lebih berkualiti,
di mana fabrik diguna pakai lebih tebal tidak panas, mudah kering selain
‘breathable’ kebolehnafasan, jahitan yang lebih kemas dan lebih rapi.

“Seperti kita tahu, Jakel adalah produk untuk semua. Di mana kita
menyediakan produk untuk semua golongan meliputi pelbagai lapisan
peringkat umur.

“Ini bermakna ibu, ayah, remaja, dewasa dan kanakkanak dapat menikmati produk berkualiti pada harga penjimatan.

“Ini kerana, kita mahu pastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan
produk ditawarkan sekali gus tidak akan melupakan pengalaman serta
memori apabila berbelanja dengan kami, secara tidak langsung
terungkaplah tagline kami iaitu ‘Jakel, Barulah Raya’ ,” katanya sempena pelancaran kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025 di Jakel Mall, Kuala Lumpur, pada Sabtu.

ANTARA duta dipilih memperagakan produk raya Jakel 2025 ialah Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad seisi keluarga, Cik Epal, Elly Mazlein, Anzalna seisi keluarga, Senariounion, tiktoker Sallywho seisi keluarga termasuk Upin & Ipin.

Menurut Mohamed Faroz, inisiatif pengumuman duta serta pelancaran
kempen tersebut adalah persediaan awal bagi membuka peluang kepada pelanggan memilih pakaian berteraskan rekaan trend terkini dan pilihan warna lebih segar.

“Untuk tahun ini, kita turut menawarkan pakaian dengan warna popular
dan terkini seperti, Emerald Green, Burgundy, Dark Pink, Fuchsia dan
Powder Blue.

“Kita juga akan menampilkan harga rakyat iaitu dengan menawarkan
Baju Melayu Madani berharga RM99 sepasang termasuk sehelai
samping percuma bernilai RM49, selain baju Melayu Fattah Amin pada
RM149 termasuk samping percuma bernilai RM99,” jelasnya.

Mengulas berhubung aspek jualan dan sasaran, beliau memberitahu,
pihaknya menyasarkan peningkatan jualan sebanyak 20 hingga 30
peratus berbanding tahun lalu.

“Bagi mencapai matlamat tersebut kita turut meningkatkan bilangan baju
sebanyak sejuta pasang bagi ibu, bapa dan selain 1.5 juta pasang untuk
pakaian sedondon,” katanya.

Dalam pada itu, ujarnya, seperti tahun sebelum, para pelanggan tidak
perlu risau tentang keselesaan ketika mengunjungi gedung Jakel.

“Ini kerana kami menyediakan lebih 2,700 ruang parkir selain surau dan
tandas khusus untuk kemudahan dan keselesaan pelanggan,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas