Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berita

Fahmi mahu realisasi hasrat Rocky Din rakam semula lagu ‘Marilah Mengundi’

- Diterbit 27 Jun 2024 8:27 PM MYT

MENTERI Komunikasi Fahmi Fadzil meminta Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghubungi penyanyi asal ‘Marilah Mengundi’, Rocky Din bagi membantu merealisasikan hasrat penyanyi era 60-an itu untuk merakamkan semula lagu tersebut.

Fahmi menerusi catatan di Facebook beliau berkata RTM mungkin boleh membantu merealisasikan hasrat Rocky Din atau nama sebenarnya Mohd Hashim Sharif untuk merakam semula lagu berkenaan yang sering berkumandang ketika pilihan raya.

“Baru-baru ini semasa di Pulau Pinang, saya berkesempatan bertemu dengan penyanyi asalnya Rocky Din yang sekarang berusia 75 tahun.

‘Marilah Mengundi’ mula diputarkan pada 1978 dan sejak itu lagu tersebut terus didendangkan setiap kali menjelang Pilihan Raya Umum,” katanya hari ini.

Antara bait-bait lirik lagu ikonik ‘Marilah Mengundi’ adalah “Marilah mari… Pergi mengundi… Jangan lupa kewajipan pada negara”. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas