Selebriti

Ezzaty Abdullah kekalkan berat ideal

- Diterbit 9 Julai 2024 5:00 PM MYT

PELAKON popular Ezzaty Abdullah menyarankan agar kita semua sentiasa berusaha mengekalkan berat badan yang ideal.

“Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, apatah lagi semakin meningkat beratnya lebih berisiko untuk mengalami sakit jantung.

“Bukan itu sahaja, ia juga boleh menyebabkan anda menghidap hipertensi, kolesterol tinggi, diabetes dan penyakit-penyakit lain.

“Cara yang terbaik untuk menentukan sama ada anda mempunyai berat badan yang ideal ataupun tidak adalah dengan menggunakan kalkulator BMI atau mendapatkan nasihat daripada doktor. Itu yang terbaik.

“Dalam usaha ke arah itu, kita boleh mengamalkan pemakanan yang sihat. Ambil lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan protein daripada sumber tumbuhan untuk memperbaiki tekanan darah dan kadar kolesterol dalam badan,” ujarnya.

Tambah Ezzaty, elakkan pengambilan terlalu banyak gula kerana ia boleh meningkatkan risiko menghidap diabetes yang terbukti turut sama membuatkan seseorang lebih berkemungkinan untuk menghidap penyakit jantung. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas