Oleh SHUAIB AYOB
PROGRAM Extreme Jam 2024 yang diadakan di Skatepark Bukit Kiara‚ baru-baru ini berjaya menarik kehadiran ‘luar biasa’ terutamanya dalam kalangan belia sekali gus menyaksikan pertandingan skateboard menjadi tumpuan utama.
Program tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan‚ Adam Adli yang sempat beramah mesra dengan para peserta yang mengambil bahagian selain turut menyaksikan penyerahan replika cek bernilai RM30‚000 kepada Kelab Patriot Skateboarding.
Lensa Wilayahku selaku media rasmi program turut berkesempatan merakam aksi ekstrem peserta cilik pada program tersebut. – WILAYAHKU
Lensa: