LEBIH 20‚000 peminat kucing menyerbu Ekspo Kucing 2024 bagi bertukar-tukar pendapat serta mendapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar mengenai cara penjagaan kucing daripada pakar.
Menariknya dalam acara yang berlangsung selama dua hari itu‚ Kelab Kucing Malaysia turut mengadakan Pertandingan Kucing Antarabangsa yang dinilai oleh juri profesional dari Norway dan Republik Czech.
Enam kategori dipertandingkan dan mendapat penyertaan lebih 250 ekor kucing daripada pelbagai jenis baka eksotik yang unik dan sukar dijumpai.
Pelbagai aktiviti turut diadakan pada ekspo kucing terbesar yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) baru-baru ini antaranya pameran serta jualan produk kucing dengan harga berpatutan.
Terdapat juga beberapa pusat perlindungan haiwan yang mengadakan kempen kebajikan seperti acara pengambilan kucing untuk dijadikan haiwan kesayangan sekali gus membantu menyelamatkan lebih banyak haiwan comel yang tidak bernasib baik di luar sana. – WILAYAHKU
Lensa: