Berita

Erdogan kritik UNSC kerana gagal hentikan genosid di Gaza

Foto: REUTERS
- Diterbit 25 September 2024 11:34 AM MYT

PREISDEN Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan mengkritik Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) kerana gagal menghentikan apa yang disifatkannya sebagai “genosid” di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

“Apa yang anda tunggu untuk menghalang genosid di Gaza dan menghentikan kekejaman serta kebiadaban ini?,” kata Erdoğan semasa Perbahasan Umum di Perhimpunan Agung PBB di New York pada Selasa.

“Seperti mana Hitler dihentikan oleh perikatan kemanusiaan 70 tahun lalu, Netanyahu dan rangkaian pembunuhnya juga mesti dihentikan oleh perikatan kemanusiaan,” katanya sambil menyamakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan Adolf Hitler.

Erdoğan turut menyokong hak sah rakyat Palestin untuk “melawan” dan menyeru agar Palestin diiktiraf sebagai sebuah negara yang merdeka.

Erdoğan sebelum ini pernah menyifatkan kumpulan Islam Palestin, Hamas, sebagai “organisasi pembebasan,”. – BERNAMA-dpa

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas