Berita

Enam Surat Setuju Terima (SST) bagi pembinaan projek infrasktruktur jalan raya dan jambatan Kuala Lumpur

KEMENTERIAN Kerja Raya
- Diterbit 25 Februari 2025 5:22 PM MYT

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) terus komited dalam menyediakan infrastruktur berkualiti, selamat dan selesa bagi meningkatkan aksesibiliti, mobiliti

dan saling keterhubungan antara rakyat Malaysia bandar dan luar bandar selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Program MYJALAN.

Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Wira Ir Roslan Ismail menyerahkan surat pelantikan kepada enam pegawai penguasa projek terdiri daripada Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri dan Jurutera Awam
Penguasa Kanan, Unit Projek Khas serta enam SST kepada kontraktor yang dilantik.

Enam syarikat itu ialah Naza Engineering & Construction Sdn Bhd, KCJ Engineering Sdn. Bhd, Ahmad Zaki Sdn Bhd, Tanmiya Tinnasz Sdn Bhd, Gading Resources Sdn Bhd dan Puncak Utara Sdn Bhd.

Ia membabitkan projek pembinaan jalan dan jambatan di Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Selangor dan Kedah.

Projek pembinaan jalan raya itu mengadaptasi Building Information Modeling (BIM) dalam kitar hayat pelaksanaan projek.

KEMENTERIAN Kerja Raya

Model digital yang menjadi sebahagian daripada Dasar Pembinaan Kebangsaan (NCP) 2030 itu dijangka akan
meningkatkan produktiviti dan pengurusan aset menyeluruh, dan mengurangkan kesilapan serta kos keseluruhan.

“KKR berharap semua syarikat kontraktor yang dilantik dapat memberikan komitmen kepada aspek kualiti terutamanya dari segi pematuhan spesifikasi, kos dan masa yang ditetapkan.

“Selain turut mengutamakan aspek keselamatan di kawasan tempat kerja.

“KKR melalui JKR Malaysia akan memantau kualiti
kerja serta menilai prestasi setiap kontraktor dalam memastikan enam projek itu akan
memberi manfaat kepada kesejahteraan rakyat,” katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan pada penyerahan SST pagi tadi. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas