Empat individu sebar kandungan fitnah bekenaan Majlis Tilawah Al Quran selesai beri kenyataa
SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC) selesai merakamkan kenyataan empat daripada beberapa pemilik akaun Facebook yang disyaki membuat penghantaran kandungan
berhubung penyebaran kandungan palsu melibatkan penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa bagi tahun 2024.
MCMC dalam kenyataan memaklumkan
Individu tersebut telah dipanggil untuk siasatan dan rakaman percakapan oleh pihak MCMC.
“Penyebaran kandungan tersebut dikesan berlaku di aplikasi Facebook melalui beberapa akaun.
“Semua data yang dimuat naik oleh mereka telah direkodkan sebagai bahan bukti
untuk siasatan dan tindakan lanjut.
“Beberapa lagi individu akan dipanggil bagi membantu siasatan yang sedang
dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
MCMC berkata kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau
penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
“Orang ramai diingatkan agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu,” kata kenyataan itu.
Terdahulu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata kesemua individu terbabit sudah dikenal pasti dan tindakan pengesanan telah dijalankan.
Media sebelum ini turut melaporkan Kementerian Komunikasi mengesan satu hantaran mesej yang tersusun memburukkan kerajaan dengan mendakwa tiada penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran pada tahun ini namun ia telahpun dijawab Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang menjelaskan majlis tersebut akan dilaksanakan pada Mei ini. – WILAYAHKU.