Berita

Emas wushu permulaan misi juara SUKMA WiPers

- Diterbit 14 Ogos 2024 9:27 PM MYT

ACARA wushu berjaya menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen Wilayah Persekutuan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI.

Atlet wushu, Lee Cheng Yang beraksi cemerlang menerusi acara taijijian lelaki dengan memungut 9.563 mata sekali gus melayakkannya merangkul pingat emas.

Acara yang berlangsung di Stadium Wushu, Kuching itu juga berjaya menghadiahkan pingat gangsa buat Wilayah Persekutuan dalam acara taijijian wanita, menerusi atlet, Kwan Yong Xin dengan kutipan mata 9.490.

Wushu sekali lagi akan menjadi tumpuan dengan menawarkan lapan pingat emas esok menerusi disiplin taolu, selepas enam pingat dipertandingkan hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas