Atlet Wilayah

Emas pertama ping pong milik WP

- Diterbit 22 Ogos 2024 5:19 PM MYT

PRESTASI cemerlang yang ditampilkan pasukan ping pong Wilayah Persekutuan (WP) membuahkan hasil apabila berjaya meraih emas pertama sukan tersebut menerusi acara berpasukan campuran.

Pasukan WP berjaya menewaskan Pulau Pinang 3-0 apabila berjaya mendahului permainan menerusi perseorangan wanita, Jing Shuen Lim yang menewaskan Amanda Hui dengan keputusan 11-6, 11-6 dan 11-1.

Kemenangan diteruskan dengan kejayaan pasangan beregu lelaki WP, Lee Jat Yee – Yi Heng Tan ke atas Zhen Xun Sia – Richard Rui Zhe Yap (11-8, 9-11, 11-8 dan 11-8).

Emas sah menjadi milik WP apabila pasangan beregu campuran, Ai Lis Gan – Jin Zhen Im menang dalam pertarungan sengit lima set menentang Cindy Ma – Marcus Lok.

Sementara itu, pingat gangsa menjadi milik pasukan Melaka setelah menewaskan Selangor 3-1. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas