Berita

Elak layari laman web palsu THiJARI – TH

KREDIT foto: BERNAMA.
- Diterbit 15 November 2023 3:30 AM MYT

LAMAN web www.thijari.ticketmysearch.com adalah palsu dan bukan di bawah kendalian Tabung Haji (TH).

Sehubungan itu, TH dalam satu hantaran di Facebook hari ini menasihati pendeposit supaya tidak terpedaya dengan pelbagai taktik scammer dan hanya melayari alamat laman web yang betul.

“THiJARI boleh diakses menerusi https://www.thijari.com.my Kalau Curiga, Jangan Percaya.

“Pendeposit dinasihati untuk sentiasa peka dan berhati-hati dengan pautan yang mencurigakan,” menurut hantaran itu.

Laman web THiJARI merupakan platform dalam talian bagi perkhidmatan kepada para pendeposit untuk pelbagai urusan termasuk menyemak akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang dan perkhidmatan haji. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas