Berita

Ekonomi Malaysia berada di landasan yang baik meskipun berdepan cabaran global – Amir Hamzah

- Diterbit 6 Ogos 2024 12:23 PM MYT

EKONOMI Malaysia berada di landasan yang baik meskipun berdepan risiko kemelesetan di Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

“Ekonomi sebenar adalah yang paling penting. Sebab itu kita melihat kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Malaysia sememangnya kukuh.

“Kita berada di landasan yang baik dan akan terus berkembang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) Inspire 2024 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai impak kemungkinan kemelesatan AS terhadap ekonomi negara. – BERNAMA 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas