Sukan

Eddy tawan puncak tertinggi

EDDY sebelum memulakan pendakian
- Diterbit 12 Januari 2024 11:30 AM MYT

JURULATIH kecergasan, Eddy Syamin berjaya menakluki puncak tertinggi di Asia Tenggara pada 6 Januari lalu.

Menurut WebTVAsia, dia mula mendaki pada Jumaat (5 Januari) dan sampai di puncak pada keesokannya.

“Pada pukul 9 pagi, dia telah sampai ke Laban Rata yang merupakan rumah persinggahan bagi para pendaki pada jam 3 petang petang sebelum menyambung balik pendakian bermula pada jam 2.40 pagi keesokan harinya dan sampai di puncak pada pagi hari yang sama (6 Januari),” katanya.

Berkongsi mengenai persiapannya, sebagai seorang yang memang sudah aktif sejak dari dulu, dia hanya melakukan persiapan yang ringkas dan cuma menambahkan aktiviti cardio.

“Pendakian Gunung Kinabalu adalah bukti keazaman dan ketabahan Eddy. Walaupun hampir berputus asa, dia tetap meneruskan perjalanan sampai ke puncak.

“Pencapaiannya bukan sahaja mempamerkan kehebatan fizikal tetapi juga menyerlahkan kekuatan mental, merangkumi nilai-nilai disiplin dan kecekalan,” ujarnya.

Terletak di tengah-tengah Borneo, Gunung Kinabalu terkenal dengan bentuk muka bumi yang mencabar dan pemandangan menakjubkan, ekspedisi Eddy berjaya menjadi inspirasi kepada peminat dan individu yang bercita-cita tinggi di seluruh dunia.

Meskipun bangga dengan pencapaiannya, dia masih tidak berpuas hati dan berhasrat untuk kembali ke puncak Gunung Kinabalu buat kali keduanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas