Berita

Dua polis, suspek maut dalam insiden Balai Polis Ulu Tiram

- Diterbit 17 Mei 2024 11:25 AM MYT

Dua anggota polis disahkan maut manakala seorang cedera, dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi.

Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar yang mengesahkan perkara itu berkata insiden pada 2.45 pagi itu, melibatkan suspek yang bertopeng bersenjata pistol dan parang.

Suspek bagaimanapun turut dilaporkan mati ditembak dilokasi kejadian.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas