TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan Pelan Tindakan Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030 (DPLB 2030) dan Pelan Strategik Kementerian 2025 perlu disemak semula.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ini agar selari dengan fokus Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13).
“Jangan seperti melepaskan batuk di tangga tetapi kita perlu benar-benar memastikan kita berada di laluan yang tepat untuk membangunkan masyarakat desa.
“Selain penilaian dalaman, kemen6 harus bekerjasama dengan badan penyelidikan pihak ketiga yang bebas untuk memastikan penilaian program dan inisiatif dibuat secara objektif,” katanya semasa berucap
dalam Majlis Amanat Tahun Baharu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2025.
Menurut Zahid, untuk lebih memahami maklum balas rakyat, beliau mengarahkan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bagi menjalankan kajian menyeluruh.
Katanya, kajian itu mengenai tahap kepuasan rakyat terhadap penyediaan keperluan asas, kemudahan asas, dan usaha memangkin sosioekonomi kawasan pedesaan.
“Dapatan ini sangat penting untuk memastikan perancangan kita kekal relevan dan ‘more impactful’,” katanya. – WILAYAHKU
[Iklan]