Oleh SHUAIB AYOB
SEMAKIN canggih teknologi maklumat pada hari ini bermakna semakin ramai pengguna yang terdedah kepada ancaman penipu (scammer) dalam talian.
Menyedari peri pentingnya ilmu pendidikan untuk menjadi pengguna yang bijak‚ maka YWP Media Sdn Bhd dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam menganjurkan Forum Keselamatan Dalam Talian.
Bertempat di Studio TV Fakulti FKPM‚ forum yang menampilkan penyampai radio popular‚ Fara Fauzana sebagai moderator memberi pendedahan cara menangani penipuan dalam talian kepada lebih 150 orang pelajar yang hadir.
Antara ahli panel terlibat, Pengerusi YWP Media Sdn Bhd, Datuk Afdlin Shauki Aksan; Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Putrajaya, Asisten Superintendan (ASP) Rastam Affendi Md Ramli; Pengarah (Kawal Selia) MCMC Selangor, Mohamad Syukri Jamaluddin dan tetamu khas, Pensyarah Kanan UiTM, Dr Anuar Ali.
Wilayahku berkesempatan berkongsi momen menarik sepanjang berlangsungnya forum yang begitu memberi manfaat kepada tetamu yang rata-ratanya pelajar FKPM dan Instructional Communication‚ Melaka. – WILAYAHKU
Lensa: