Selebriti

Didik hati sentiasa sabar

- Diterbit 21 Jun 2024 4:50 PM MYT

PELANTUN lagu Kais Pagi Kais Petang, Andi Bernadee berkata ibadah korban mendidik hati agar sentiasa bersabar dalam setiap ujian yang diberikan.

“Bagi saya peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail AS sebenarnya  mendidik diri untuk tanam sikap sabar serta jangan mudah mengeluh.

“Dalam bersabar itu, kita menyerah dan bertawakal kepada-Nya. Saya yakin, setiap yang berlaku sama ada kita suka atau tidak adalah ketentuan Allah SWT.

“Siapa kita untuk menidakkan ketentuan itu yang ternyata mempunyai hikmah yang tidak kita sedari. Sabar itu sangat indah. Iya, ia membuatkan kita lebih gembira dan bahagia dalam menjalani kehidupan yang pasti ada naik turunnya tanpa kita duga,” katanya.

Dalam masa yang sama, Andi berkata antara hikmah lain di sebalik ibadah korban ini adalah dapat mengikis sifat tamak.

“Ibadah korban juga mengingatkan kita agar menerapkan sifat murah hati untuk membelanjakan harta ke jalan Allah. Kita semua tahu harta yang dimiliki bukan milik kita sepenuhnya kerana dalamnya ada hak orang lain seperti fakir miskin.

“Harta itu hendaklah disalurkan untuk sedekah, infaq, zakat dan membantu mereka yang memerlukan melalui ibadah korban,” tambahnya lagi.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas